Showing posts with label .:tauhid:.. Show all posts
Showing posts with label .:tauhid:.. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

.:tanda-tanda kematian:.

.:perjalanan kita masih terlalu jauh:.


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT

kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang
dikehendaki-Nya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar.


Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana
jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Saling berpesan2lah sesama kita.....

Monday, November 16, 2009

KENGERIAN NERAKA JAHANAM



Wahai sahabatku....
Firman Allah, maksudnya" Dan tiada seoranpun daripadamu melainkan mendatangi neraka. Hal ini bagi tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. Kemudian kami akan menyelamatkan orang yang bertakwa dan membiarkan orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut"(Surah Maryam ayat 71-72)
Adakah sahabatku akan tergolong dari orang yang memasuki neraka atau terselamat daripadanya. Marilah kita sama-sama renungi kengerian neraka. Rasulullah S.A.W bersabda, Maksudnya, "Sesungguhnya yang paling ringan siksaan bagi penduduk neraka kiamat iaitu orang tersebut memakai dua kasut dari api neraka lalu mendidihlah otaknya kerana kepanasan kasutnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah S.A.W bersabda, Maksudnya,"Allah memerintahkan untuk menyalakan api neraka selama 1000 tahun sehingga menjadi merah,kemudian dinyalakan lagi 1000 tahun sehingga menjadi berwarna putih, kemudian dinyalakan lagi 1000 tahun menjadi warna hitam iaitu hitam kegelapan.
Ibnu Abbas berkata, Rasullullah S.A.W bersabda,maksudnya, sekiranya setitis dari makanan zaqum(buat penduduk neraka) itu dititiskan pada segenap lautan dunia maka akan rosaklah penduduk dunia. Bagaimanakah keadaan orang yang makan makanan tersebut. (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah) Firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 15, maksudnya, sebagaimana orang yang kekal dalam neraka dan diberi minum dengan air mendidih lalu terputus ususnya. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Kahfi ayat 29, maksudnya, "Sesungguhnya kami menyediakan bagi mereka yang zalim itu berupa neraka yang nyalaannya mengepung mereka, dan jika mereka meminta air minum nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat berehat yang paling buruk". Itulah gambaran makanan dan minuman mereka yang zalim dan berdosa yang Allah s.w.t sediakan di dalam neraka.
Firman Allah s.w.t dalam surah An Nisa' ayat 56, maksudnya," Sesungguhnya mereka yang kafir dengan ayat-ayat kami kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, kami akan gantikan kulit mereka dengan kulit yang lain agar mereka merasakan siksaan. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana". Allah s.w.t juga ada menggambarkan tubuh orang yang memasuki neraka, Allah akan menambahkan ketinggian dan kelebaran tubuh mereka agar mereka merasakan hebatnya siksaan api neraka. Ahli neraka juga akan disengat kala jengking dan ular-ular yang mematuk seluruh tubuh...
Wahai sahabatku, Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah s.w.t supaya diselamatkan dari azab api neraka. Perbaikilah amalan seharian, lakukan yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan tinggalkanlah larangannya...

Friday, October 2, 2009

ALLAH

-ALLAH-
FADHILAT DAN KHASIAT MEMBACA YA ALLAH ADALAH SEBAGAI BERIKUT:
  • sesiapa yg mbaca Ya Allah sebanyak 5000 kali setiap mlm selama sebulan, iaitu dgn hati yg khusyuk dan tawaduk, InsyaAllah apa yg dihajatkan akan tercapai.
  • sesiapa yg mbaca Ya Allah sebanyak 5000 kali setiap hari, insyaAllah dtg kpdnya rezeki dr pelbgi pnjuru.
  • sesiapa yg mbaca Ya Allah sebanyak 66 kali setelah selesai mengerjakan solat fardhu, iaitu selama 66 hari, Insya Allah namanya hrum dan mdpt kbaikn yg byk. adlh lbh elok diamalkan scra istiqamah.
  • sesiapa yg mbaca Ya Allah Ya Hayyu sbyk 1000 kali stp hari , InsyaALlah dia mndapat keyakinan yg sempurna.